Recent News

Read the latest news and stories.

Pandangan Dr. Harun Din tentang MH370

MISTERI MH370 MENGGEMPARKAN DUNIA! Kita semakin hari semakin lemas dengan isu MH 370. Sejak hari pertama kehilangan MH370 sampai sekarang tak putus-putus saya menerima info dan spekulasi tentang misteri MH370 samada melalui media sosial facebook atau twitter atau entri-entri blog yang ambil kesempatan atas ‘keyword panas’ MH370 yang menjadi bualan semua warga malaysia dan seluruh dunia. Banyak isu-isu penting yang lain karam dan tenggelam disebabkan MH370.

PENDIRIAN SAYA JELAS. Saya berpendirian sejak awal lagi tentang isu MH370 ini hanya mengikuti segala berita, tidak pejam mata walau orang cakap ianya spekulasi kerana keadaan sebenar tidak kita ketahui. Cuma saya berhati-hati agar tidak mudah buat keputusan tanpa ada sumber yang jelas. Saya juga pastikan tidak bersubahat menyebar berita dan cerita dari sumber yang belum disahkan benar. Saya takut dosa, saya taknak menyakiti hati ansli-ahli keluarga yang terlibat. InshaaAllah saya yakin akan tiba masanya Allah akan tunjukkan di mana beradanya MH370 dan bagaimana keadaan penumpang-penumpang dan krewnya. Kita hanya boleh berdoa, elakkan dari menyebar info-info yang tidak sah.

PANDANGAN ULAMA AMAT DIPERLUKAN. Sehingga hari ini ada beberapa insan yang saya ikuti secara serius pandangan tentang misteri MH370. Alhamdulillah penjelasan mereka amat detail dan saya dapat banysk ilmu dan pengajaran darinya. Syukur kerana di sebalik kesedihan dan kebimvangan terselit hikmah yang memberi manafaat kepada kita dan bagi mereka yang ingin mengambil manafaat darinya. Tak kurang juga dengan misteri ini menjadikannya lebih banyak doda dan jauh dari Allah. Moga dijauhi…. Astaghfirullahal ’aziim.

TIBA MASANYA ULAMA BERSUARA. Salah seorang tokoh yang sekian lama saya tunggu pandangannya adalah Tuan Guru Dato Dr. Haron Din Al-Hafiz. Alhamdulillah baru-baru ini beliau telah memberikan pandangan tentang misteri MH370 dari sesi kuliah maghribnya di salah sebuah masjid. Beliau sebenarnya tidak berapa sihat sebelum ini dan alhamdulillah makin beransur baik sekarang dan boleh terus berdakwah melalui kuliah-kuliahnya.

PANDANGAN DAN NASIHAT TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN. Di bawah ini saya share sedikit ulusan untuk dikongsikan dengan sahabat pembaca semua. Antara ringkasan kuliah maghrib Dato Dr Haron Din yang menyentuh tentang isu MH370 dan mengambil kesempatan memberi beberapa nasihat dan teguran untuk kebaikan kita semua disebalik misteri MH370 yang harus kita semua difahami dan lakukan muhasabah diri.

ISLAM ITU SISTEM HIDUP YANG SEBENAR. Kembali kepada cara hidup islam, sistem Islam… Ayuh kita semua kembali kepada Allah Taala yang Maha berkuasa. Insaflah bahawa kita sedang diuji Allah. Hadapilah ia dengan penuh keinsafan dan bertaubatlah segera atas segala dosa dan kesilapan.

KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA. Air di empangan makin kurang.. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru insiden MH370. Berpuluh-puluh kapal laut dan kapal terbang dengan teknologi terkini cari pun tidak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

ILMU KITA MANUSIA HANYA CEBISAN KECIL ILMU ALLAH. Jika kita ambil seluruh air di lautan dan digunakan seluruh pokok dan tumbuhan-tumbuhan untuk dijadikan tinta menulisnya, pasti masih tidak mampu untuk menulis kalimah-kalimah Allah, apatah lagi ilmuNya.

JAUHI PERKARA-PERKARA YANG DIHARAMKAN. Dr Haron Din kemudiannya membacakan ayat Quran yang membicarakan tentang larangan makan dan minum yang haram, dan bila kita langgar perintah Allah itu pasti mengundang kemurkaan Allah lalu Allah. Akibatnya akan turun bala kepada mereka yang engkar dan kekal degil.

ALLAH MALUKAN KITA… Misteri MH370 menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara tumpuan dunia. Kehilangan MH370 juga mengundang perkara-perkara yang dilarang Allah seperti perbuatan khurafat oleh bomoh. Allah malukan kita dengan perbuatan tersebut yang tersebar seluruh dunia mengambarkan Malaysia masih bergelumang dengan amalan khurafat yang dilarang keras dalam Islam.

LIHATLAH DENGAN MATA HATI. Majoriti manusia hanya melihat insiden MH370 dengan mata kasar semata, tidak melihat peristiwa tersebut dengan mata hati. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan amalan khurafat. Allah ingatkan kita agar kembali padaNya, insaf dan segera bertaubat.

SOLAT HAJAT. Apabila sudah 3 atau 4 hari tidak jumpa baru nak ingat Allah, baru nak buat solat hajat. Bagi yang terang mata hatinya, sejak awal lagi berlakunya trajedi tersebut terus ucapkan innalillahi wainna ilaihirojiuun, dari Dia kita datang dan kepada Dia kita semua kembali.

INSAFLAH… JADIKAN DOA SATU AMALAN. Kemudian Dr. Haron Din kongsikan pengalaman beliau dan mengatakan hanya Saudi Airline dan Penerbangan Brunei yang baca doa perjalanan sebelum penerbangan. Kenapa kita tidak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan?

JAUHI & BENCILAH PADA AMALAN KHURAFAT. Di Malaysia ni, banyak sangat orang Islam yang percayakan perkara khurafat. Bomoh sudah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang. Astaghfirullahal ’aziim. Seluruh dunia menyaksikan gejala khurafat dan kesyirikan yang berlaku di negara kita! Lihatlah dengan mata hati… itu penghinaan Allah pada kita. Wallahua’lam.

Jom kita share info dan ilmu ringkas ini ke facebook/ twitter/ g+ (klik di bawah). Semoga melalui usaha yang sedikit ini kita diberikan pahala yang berpanjangan dan kehidupan yang lebih tenang, inshaaAllah…

You may also like

Comments

No Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *