Recent News

Read the latest news and stories.

Cara Kesan Santau Dalam Tubuh

BAGAIMANA MENGETAHUI DIRI TERKENA SANTAU?

SANTAU BOLEH DIKESAN. Saya dapati ada beberapa cara untuk mengenali diri atau siapa saya terkena santau. Dengan cara mengesan kehadiran santau yang tak diundang ini dalam badan, saya kongsikan salah satunya di sini dengan menggunakan buah limau nipis. Ramuan santau termasuk jin yang ada bersamanya sangat sensitif dengan buah limau nipis.

KAEDAH YANG SIMPLE DAN PRAKTIKAL. Dalam proses menguji diri samada terkena sihir atau sebaliknya, pesakit boleh mencuba cara ini yang ringkas dan amat berkesan. Kaedah ini boleh dilakukan sendiri atau dibantu oleh orang lain kepada pesakit. Bila ia dapat dikesan dari awal, inshaaAllah proses rawatannya dapat dilakukan segera. Jika terlewat maka rawatan menjadi lebih rumit kerana kesannya telah tersebar ke seluruh tubuh.

GUNAKAN TITISAN AIR LIMAU NIPIS. Kaedahnya begini… Ambil sebiji limau nipis, belah dan kemudian perahkan sedikit air limau tersebut beberapa titik ke dalam mulut sebelum tidur pada waktu malam. Disyorkan ia dilakukan bila diri rasa tak tenteram, rasa tak sedap badan, berdepan dengan rasa sakit yang pelik atau sebagai langkah berjaga-jaga. InshaaAllah bila cara yang ringkas dan praktikal ini dilakukan, pesakit dapat rasakan sesuatu yang luar dari biasa jika anda diserang santau. Tindakbalas yang berlaku menunjukkan kehadiran santau dalam tubuh.

TINDAKBALAS MENUNJUKKAN IANYA POSITIF. Antara tindakbalas selepas mencuba kaedah ini, mereka yang terkena santau akan mengalami sesah nafas, sakit dada, bermimpi sesuatu yang menakutkan, tidak dapat tidur malam dan tersedar atau terkejut dari tidur. Bila tanda-tanda ini berlaku ia menunjukkan kemungkinan diserang santau adalah tinggi. Sebaliknya jika melalui kaedah ini tidak ada kesan-kesan sepertimana yang disebutkan tersebut, ia menunjukkan penyakait yang di alami tidak ads kaitannya dengan santau, mungkin penyakit lain. Perlu dapatkan rawatan atau bertemu dengan pengamal perubatan islam atau ustaz yang mampu merawat santau.

RUJUK PAKAR DAN MEREKA YANG BERPENGALAMAN. Walau demikian, kaedah ini hanyalah satu usaha ringkas mengesan samada pesakit diserang santau atau sebaliknya. Sebaiknya bawa pesakit bertemu mereka yang lebih pakar dan berpengalaman untuk mengesan dan mendapatkan nasihat serta rawatan jika perlu. Untuk pengetahuan, tak semua perawat melibatkan diri secara khusus dalam rawatan santau. Pastikan bertemu dan merujuk kepada mereka yang betul-betul pakar agar rawatan boleh dilakukan jika didapati postif. Kesilapan rawatan atau kelewatan menjalankan rawatan penyembuhan boleh menyebabkan kesan kepada pesakit lebih parah. Moga perkongsian ini memberi banyak manafaat. Wallahua’lam.

Jom kita share info dan ilmu ringkas ini ke facebook/ twitter/ g+ (klik di bawah). Semoga melalui usaha yang sedikit ini kita diberikan pahala yang berpanjangan dan kehidupan yang lebih tenang, inshaaAllah…

You may also like

Comments

6 Comments

  • Adam haris

    Santau memang bahaya jika tidak dirawat segera. Penderita santau akan terasa sakit berpanjangan namun ada juga santau yang sememangnya berniat membunuh. Santau jenis ini memang sangat merbahaya. Tak sempat nak check tiba-tiba sakit bila dibawa ke hospital biasanya doktor akan kata hati sudah pecah. Ia memang boleh membunuh dalam masa yang singkat tak sampai 24 jam.

    Untuk menghindari dari santau atau permainan jin ini kita haruslah belajar Ilmu Mengenal Diri. Mereka yang mempelajari ilmu ini akan terhindar dari sebarang gangguan jin kerana mereka dapat mengESAkan Allah dengan erti kata yang sebenar-benarnya dan bukan hanya dengan kata-kata.

  • normah bt radzali

    Terima kasih atas info mengenai santau, saya ingin tahun lebih mendalam lg menenai satau dan cara menghindarinya, terima kasih atas kerjasama dari pihak Tuan.

  • Salam, saya.. ada terkena santau, Ada kah kesan santau tu sakit badan dada, dan lemah..

  • Kne bli limau nipis ni..

  • Sya gdis brusia 16 thun.ada seorng lelaki mngatakan ingn santau sye,pstu menjak nia bdan sye selalu sakit

  • Sya gdis brusia 16 thun.ada seorng lelaki mngatakan ingn santau sye,pstu menjak nia bdan sye selalu sakit

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *