Recent News

Read the latest news and stories.

Betul ke makanan sunnah?

Artikel kedua tahun ini… Bulan Ramadhan ini rasa rajin pula nak update blog 🙂 Sebenarnya dah lama saya nak tulis sesuatu dan share dengan pembaca tentang makanan sunnah dan pemakanan sunnah. Saya memang suka topik ni dan salah ssebuah buku kegemaran saya ialah Rasulullah is My Doctor karangan penulis terkenal Jerry D.Gray. Saya juga obses dengan pemakanan gaya Rasulullah, dan setiap hari cuba disiplinkan makan cara Nabi s.a.w. Saya doakan moga kita semua sihat, dapat berkerja dengan baik dan yang paling penting mampu beribadat sebaik dan sebanyak yang boleh, inshaaAllah…

Terkini kita banyak sangat kita dengar klaim dari syarikat-syarikat atau perseorangan tentang makanan sunnah. Saya nak fokus tentang penjualan produk yang klaim produk mereka produk sunnah atau ‘makanan sunnah’. Nabi makan itu lah, nabi makan ini lah… tanpa ada nas dan bukti yang jelas. Juga merisaukan saya adalah isu kesihatan yang mungkin berlaku dan info yang tak tepat berkaitan sunnah demi marketing dalam mengaut keuntungan yang lumayan. Saya juga risau sebab penggunaan nama Islam boleh membutakan mata pengguna dan membuatkan mereka keliru dalam membuat keputusan apabila mereka diserang kiri kanan dengan teknik pemasaran yang agresif dan kadang-kadang tidak beretika.

Satu hari ketika mahu solat di masjid hijau bangi (al hasanah), saya bertanya sahabat saya Dr. Ghafar yang mana ketika itu beliau masih bertugas di JAKIM (sekarang di JAWI) tentang makanan sunnah. Beliau segera respon bahawa sekarang ni nak dapat kelulusan makanan sunnah susah sekarang… JAKIM mungkin dah tak bagi guna makanan sunnah dalam apa jua bentuk produk. Oleh kerana saya banyak kali di approach oleh kawan-kawan dan kenalan dalam PUIM (persatuan usahawan internet malaysia) dan bakal usahawan untuk jv dalam niche bisnes ‘makanan sunnah’. Mereka kata trend sekarang senang nak jual produk jika masukkan elemen islamik dalam produk yang nak dihasilkan! Risikonya rendah dan banyak kilang yang boleh keluarkan produk atas nama sendiri (OEM).

Berbalik pada cerita saya tadi, saya tanya lagi… kenapa ya tak boleh? Dia cakap ada risiko bila ada banyak gabungan beberapa ‘makanan sunnah’ untuk hasilkan pemakanan tambahan atau supplement! Dosnya yang tidak dikaji detail boleh menghasilkan tindakbalas kimia yang kita tak tahu kesan buruknya! Info ini dari unit pakar pemakanan yang beliau rujuk. Tambahan pula ada beberapa dakwaan yang tidak ada bukti yang kukuh di samping beberapa mitos tentang makanan sunnah! Saya jadi lebih berminat… soalan demi soalan saya tanya beliau.

Hasil perbincangan ringkas saya dengan sahabat di masjid tempohhari membuatkan saya lebih nak tahu tentang isu makanan sunnah ini. Saya mulalah membaca dan mencari jawapan untuk diri saya sendiri agar saya tahu dan jelas tentang isu ini. Saya tak mahu terperangkap dengan aktiviti pemasaran dan teknik marketing yang klaim macam-macam dengan tidak ada nas yang kukuh. Kebanyakkan peniaga fikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan dari klaim yang dibuat itu.

Dari pemerhatian, pembacaan dan perbincangan saya sejak tahun lepas… saya nak share dengan anda dalam artikel ringkas ni. Tak mungkin saya boleh tulis semuanya tapi saya cuba ringkaskan agar beberapa hal berkaitan yang penting perlu anda tahu. Isu ini penting kita faham dan kita amalkan agar kita selamat dan dapat manfaat yang hebat. Kita memang perlu jadikan Nabi s.a.w. sebagai rujukan dalam kehidupan kita dan salah satunya kaedah pemakanan yang mengikut syariat dan pemilihan makanan yang dibenar dan tak dibenarkan dalam Islam. Adalah terbaik amalkan apa yang nabi buat tapi kita pastikan ianya dari sumber yang boleh dipercayai seperti ayat quraan dan hadith yang sahih dan pandangan ulama yang muktabar.

Di sini dua hal penting saya nak anda faham betul-betul iaitu prinsip pemakanan nabi s.a.w. dan kepercayaan yang tidak tepat berkait dengan makanan Rasulullah s.a.w. gaya pemakanan yang sekian lama tersebar dalam masyarakat. Kita perlu berhati-hati dan berusaha untuk dapatkan info yang lengkap dan jelas berkait dengan isu ini. Terlalu banyak klaim kat luar sana. Jika kita tak faham dan jelas, kita pasti terpengaruh dan akibatnya kita terjebak membeli produk-produk yang dipromot dengan label ‘makanan sunnah’ tapi hakikatnya ia bukan sama sekali atau lebih teruk ia mendatangkan penyakit merbahaya.

Pada asasnya prinsip pengambilan makananan Nabi s.a.w. yang utama ada empat. Satunya makanan yang diambil perlulah benar-benar halal. Bukan makanan itu saja yang halal tetapi kaedah dan sumbernya juga mesti halal. Islam melarang sama sekali dari kita mengambil makanan yang kotor (najis), haram dan makanan yang mendatangkan kemudaratan kepada tubuh secara fizikal, emosi dan spiritual. Kita dapat faham secara jelas isu berkait pemakanan dalam Islam melalui 2 ayat di bawah:

“Wahai para Rasul, makanlah kamu semua daripada sumber makanan yang suci (halal) dan beramal soleh lah…” (Surah al-Mukminun,51)

“Wahai manusia, makanlah kamu daripada sumber makanan yang halal dan suci di muka bumi, janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana syaitan (syaitan) adalah musuh bagi kamu semua.” (Surah al-Baqarah,168)

Prinsip pemakanan nabi yang kedua adalah baginda s.a.w. tidak makan makanan yang syubhah. Perlu kita ingat bahawa sesuatu yang tidak jelas pada hukumnya lebih baik ditinggalkan. Ini dikhuatiri menyebabkan kita termasuk dalam melakukan perkara yang haram dan terlarang. nabi dan para sahabat amat menitiberatkan isu halal haram ini, dan segera meninggalkan perkara-perkara yang ragu-ragu dan syubhah. Ini dapat kita faham dengan jelas dari sabda baginda s.a.w. yang bermaksud:

“Halal itu jelasdan haran itu jelas, antara kedua-duanya itu ada sesuatu yang digelar sebagai syubhah (sama-samar), tidak ramai yang mengetahuinya, adakah ianya dari yang halal atau yang haram. Maka barangsiapa yang meninggalkan yang syubhah itu kerana membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia…” (HR Buhari, Muslim dan lainya)

Prinsip pemakanan yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. adalah menjauhi makanan yang diharamkan oleh Allah Taala. Makanan-makanan yang Allah haramkan boleh dilihat dengan jelas dalam ayat Quraan di bawah:

“Katakanlah wahai Muhammad, tiada sesuatu pun daripada makanan yang diwahyukan kepada ku itu haram kecuali ia daripada bangkai (haiwan darat), darah mengalir, daging khinzir kerana ia najis dan kotor termasuklah juga (haiwan) yang disembelih bukan kerana Allah…” (Surah al-An’am,145)

Dalam soal pemakanan dalam syarita, Ibnu kathir menyatakan bahawa Nabi s.a.w. tidak makan semua perkara yang Allah larang sepertimana dalam ayat di atas. Walau demikian, mereka yang berada dalam situasi yang mendesak (darurat) dikecualikan dan dibenarkan untuk mengambilkan dalam kadar yang terhad untuk mengelakkan kebuluran. Tidak dibolehkan untuk makan lebih dari yang sepatutnya.

Satu lagi prinsip pemakanan dalam Islam yang perlu kita tahu adalah makanan yang baginda s.a.w. tak gemar untuk makan. Baginda mempunya senarai makanan yang digemari dan begitu juga sebaliknya. Ia tidak wajib kita ikut seratusn peratus gaya pemakanan Rasulullah. Jika mahu boleh ikut tapi jika sebaliknya tak abaikan.

Contoh makanan kegemaran baginda s.a.w. adalah cuka, madu lebah dan daging kambing. Tiga makanan tersebut banyak disebut dalam beberapa hadith sahih daripada para sahabat r.a. Melalui kajian sains, kebanyakkan makanan yang Nabi s.a.w gemar ambil mempunyai banyak kelebihan dari sudut kesihatan. Telah banyak kajian dilakukan oleh orang Islam sendiri juga oleh pakar dari bukan Islam. Dalam artikel lain saya akan bawakan beberapa kajian yang telah dilaksankan dan telah terbukti kesan baiknya.

Selain itu, ada juga makanan-makanan yang Nabi s.a.w. tak gemar makan. Antaranya bawang merah dan bawang putih. Kedua jenis makanan tersebut tidaklah haram diambil tetapi ia hanya tidak diminati oleh Rasulullah dengan alasan dan sebab-sebab yang tertentu. Terpulang kepada kita nak ikut apa gaya makanan Rasulullah s.a.w. atau sebaliknya asal apa yang kita makan adalah halal dan tidak syubhah. Siapa nak ikut cara pemakanan nabi amatlah bagus cuma pastikan ianya datang dari sumber yang boleh betul dan jelas berpandukan dalil Quran dan hadith yang sahih.

Setakat ini artikel saya buat kali ini, ada sambungan pada artikel kedua lepas ini tentang pemakanan sunnah yang tidak berasas. Kita perlu betulkan semula mindset dan tanggapan kita terhadap beberapa kepercayaan yang tidak tepat yang mana telah tersebar dalam masyarakat. Moga sharing ringkas saya ini memberi anda manafaat dan dapat kita amalkan. Ilmu bukan sekadar untuk kita tahu, sebaliknya untuk kita faham dan amalkan dalam kehidupan, barulah hidup kita lebih berjaya dan bahagia. InshaaAllah…

Wallahua’lam.

You may also like

Comments

One Comment

  • saya jual makanan sunnah. product yg dicampurkan 5 bahan makanan sunnah menjadi 1. iaitu pati delima,cuka kurma,madu,olive oil dan habatusauda. sebelum jual saya mmg hantar ker makmal utk kawalan dos. sbb takut dengan isu2 bertukar menjadi racun.
    saya jual makanan sunnah bukan sekadar ingin membuat keuntungan dalam business saya. tapi keluarga saya mmg dah lebih 10 tahun berniaga menjual makanan2 dari timur tengah sbb ayah tiri saya mmg orang mesir.

    jadi.. saya baca ni pun agak takut jugak kalau semua orang berfikiran yg saya berniaga guna nama islamik “makanan sunnah” hanya untuk mengaut keuntungan semata mata.

    awak rasa dengan produk saya (campuran makanan sunnah) tu adakah kesoronokan semata mata atau boleh dipertimbangkan sbb niat saya utk memudahkan pengamal makanan sunnah makan dengan mudah setiap hari.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *