Recent News

Read the latest news and stories.

Santau Lumpuhkan Hidup Anda!

BAHAYA SANTAU DAN 4 JENIS SANTAU YANG BERBEZA CARA.

KISAH BENAR. Satu kisah yang tak mungkin saya lupa semasa di kampung dahulu, ketika itu saya baru berusia belasan tahun. Ibu kepada seorang kawan saya telah disantau sehingga meninggal (dengan izin Allah). Namun sebelum menghembuskan nafas dia mengalami seksa yang teruk dan sungguh menyakitkan. Keluarga pula menjadi huru-hara hinggakan banyak hal yang tak diingini berlaku. Astaghfirullahal ’aziim… sanggup manusia bertindak zalim sedemikian rupa. Apakah kerana dendam, iri hati, benci atau akibat rasa tak puashati sehinggakan tergamak disantau atau disihir sampai begitu sekali. Tak sampai hati saya melihat dan mendengar penderitaan yang dialami oleh mangsa. Salah satu cerita yang membuatkan santau satu perkataan yang tak pernah saya lupa dalam hidup saya.

TAK RUGI KITA TAHU. Sahabatku… Berhati-hatilah agar diri tidak disantau oleh mereka yang berhati syaitan. Mereka yang penuh dendam kesumat dan kebencian. Kita perlu tahu bagaimana untuk membenteng diri dari terkena santau. InshaaAllah saya akan kongsikan beberapa cara yang diamalkan oleh mak ayah kita, yang diajar oleh tuan guru dan ustaz-ustaz pengamal perubatan Islam. Namun post kali ini saya mulakan topik santau ini dengan memahami apa itu santau dengan lebih dekat dan apakah tujuan mereka yang membuat santau. Maklumat ini saya ambil dari petua dan ilmu yang kawan-kawan ustaz saya ajar dan juga dari perkongsian Tuan Guru Harun Din juga Tuan Haji Mokhtar yang merupakan pakar pencegahan dan rawatan sihir dan santau.

APA ITU SANTAU? Santau adalah sejenis racun dari pelbagai ramuan yang sungguh merbahaya. Ia bukan semata-mata hanyalah ramuan tertentu tetapi juga diserta bersama penglibatan makhluk-makhluk halus atau jin dan amalan sihir. Mentera-mentera dibaca bagi memanggil dan melibatkan jin dalam proses menyantau bertujuan menyeksa dan mendera mangsa secara zahir dan batin, sehingga akhirnya menemui ajal (dengan izin Allah). Itulah tujuan utama sihir ini dilakukan terhadap seseorang yang dituju selain membuat kacau dan huru-hara terutamanya santau angin yang dilakukan pada majlis-majlis yang penting

4 JENIS SANTAU. Santau dapat dibahagikan kepada 4 jenis. Mungkin ada di kalangan sahabat yang dah tahu, dan mungkin ramai lagi yang masih tak tahu. Saya kongsikan agar kita sama-sama mengambil perhatian penting dan berusaha mengelakkan dengan amalan dan pendidnping yang akan saya kongsikan dalam post-post akan datang, inshaaAllah. Empat jenis santau yang ditakrifkan oleh pengamal rawatan dan pencegahan Islam adalah santau makan dan minum, santau angin, santau tuju dan santau langkah.

SANTAU MELALUI MAKANAN. InshaaAllah 4 jenis yang saya nayatakan di atas saya akan terangkan satu persatu secara mudah dan ringkas. Pertamanya santau makan dan minum. Santau jenis ini menggunakan makanan dan minuman dengan memasukkan ramuan sihir dan menghidangkan kepada mangsa. Bagi mereka yang tak ada ilmu dan amalan pendinding, ramaun yang dimasukkan tidak dapat dikesan dan nampak macam makanan biasa. Namun bagi mereka yang tahu dan amalkan ilmu pendinding diri, makanan tersebut dapat dikesan mengandungi ramauan sihir atau santau. Diperlihatkan oleh Allah seumpama makananan tersebut luar dari biasa. Ada yang nampak seolah-olah hidangan tersebut mendidih seperti berada di atas api. Ada juga ditunjukkan Allah dengan pinggan atau cawan pecah atau retak bila disentuh. Dan macam-macam lagi tanda yang di’share’ oleh para ustaz pengamal perubatan Islam bila berbicara tentang tanda-tanda makanan yang disantau.

SANTAU ANGIN. Jenis santau yang kedua yang nak saya bincangkan di sini adalah santau angin. Ia dilepaskan atau dihantar menuju mangsa menggunakan tiupan angin. Secara biasanya ia dilakukan dengan diselesitkan di bawah kuku lalu dijentik bahan santau beracun tersebut ke arah orang ramai. Santau jenis ini dilakukan atau dilepaskan dalam majlis keramaian, majlis kenduri kendara, majlis perkahwinan juga kedai makan. Sasarannya adalah orang ramai yang berada di tempat tersebut. Maka ramailah yang pasti terdedah dan menjadi mangsa termasuklah orang tua, dewasa, remaja dan tak terlepas kanak-kanak. Mungkin tidak semua yang kena, mereka yang dilindungi Allah akan terselamat, namun majoriti yang terkena santau tersebut akan mengalami simptom-simpton dan kedaannya yang sungguh dahsyat dan menyeksakan.

SANTAU TUJU. Santau jenis yang seterusnya adalah santau tuju. Sasaran mangsa bagi santau ini telah dikenalpasti dari awal lagu. Ia dilepaskan dengan diniatkan khusus untuk mangsa tertentu. Santau jenis inilah yang berlaku pada ibu kawan saya yang saya ceritakan di atas tadi. Rumah mangsa, masa tidurnya dan sebagainya telah dikenalpasti. Bila malam menjelang santau ini dilepaskan dan kesannya sungguh dahsyat. Mangsa akan mengalami muntah darah dengan serta merta. Dikatakan bila santau ini dilepaskan ia kelihatan seperti kunang-kunang yang bercahaya menuju ke rumah atau ke tempat mangsa. Ada juga yang mengatakan ia seperti tahi bintang yang melayang setinggi pokok kelapa pantas bergerak mencari mangsanya. Dipercayai santau jenis ini pantang dilihat semasa ia dilepaskan bimbang akan tersasar dan mengena orang lain.

SANTAU LANGKAH. Santau keempat dan yang terakhir adalah santau langkah. Ia juga seperti santau tuju yang mengenalpasti mangsa tetapi dilakukan dengan meletakkan di tempat ysng biasa dilalui oleh mangsa terutamanya di pagar rumah, pintu pejabat, atau tempat laluan utama mangsa. Bila ramuan santau yang diletakkan ini dilangkah, ia terus menyerang mangsa. Sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga dan seboleh mungkin mengelak diri dari sebarang permusuhan atau perselisihan. Di samping itu juga kita perlu amalankan ayat-ayat pendinding dan mengetahui petua-petua penting untuk mengelak penrbuatan santau. Satu lagi yang juga penting adalah mengenalpasti tanda-tanda atau simpton diserang santau. Jika ada bersergralah mendapatkan rawatan dengan mereka yang mahir dan menggunakan kaedah rawatan Islam.

SELALULAH BERKUNJUNG. Moga perkongsian saya ini memberi manafaat buat sahabat semua. Rajin-rajinlah berkunjung ke blog saya untuk mengikuti perkongsian ringkas saya dalam pelbagai topik yang saya rasanya penting untuk dikongsikan. InshaaAllah mulai tahun ini, azam saya untuk update blog saya ini setiap hari kecuali ada hal-hal tertentu yang menghalang saya dari menulis atau diuji Allah dengan masalah kesihatan. Moga usaha saya yang kecil ini boleh memberi guna dan manafaat yang banyak kepada ramai orang yang sudi bertandang ke blog saya ini, inshaaAllah. Harapnya usaha saya ini diterima Allah sebagai sedekah dan amal jariah melalui teknolgi terkini, amin. Wallahua’lam.

Jom kita share info dan ilmu ringkas ini ke facebook/ twitter/ g+ (klik di bawah). Semoga melalui usaha yang sedikit ini kita diberikan pahala yang berpanjangan dan kehidupan yang lebih tenang, inshaaAllah…

You may also like

Comments

5 Comments

  • hamba Allah

    baru2 ni sy diugut untuk disantau. ugutan dibuat mlalui panggilan telefon. bolehkah dia santau sy hanya dgn mngetahui nama penuh saya? tiada butiran lebih lanjut dan dia tidak pernah melihat atau c saya?

    • kalau dah ugut, boleh buat laporan polis kot?
      santau/sihir boleh dihantar melalui nama penuh lengkap dengan nama ibu,
      tarikh lahir & gambar……..
      saya juga mangsa sihir/santau………..memang menyiksakan………..
      rahsia siapa pengirim sihir terbongkar. mmg ternyata kasih Allah pada hambanya yang teraniaya tiada batasan apabila saya terbeli laptop 2nd pengirim. pengirim sihir tak log out yahoomail & fb. jadi kami dapat buka fb pengirim, dalam fb, pengirim chat/pm dngan fren dia niat pengirim mencari bomoh power untuk sihirkan suami…….kantoi sudah………

      • Saya pun terima ugutan nak disantau oleh kawan fb. Bolehkan kita disantau menggunakan gambar sahaja. Gambar separuh muka

  • Salam ustaz, saya ada masalah dengan tunang saya. Selama ni okay je tak ada masalah. Nak ikutkan ada suatu hari, ada seorang lelaki dia mmg suka dekat tunang saya ni. Saya dengan family tunang saya dah marah dah jangan ganggu tunang saya. Tapi dia cakap sinis je, ” satu hari nanti eton(nama tunang bukan nama sebenar) akan jadi milik dia juga”. Sejak haritu saya dengan tunang saya mula lengang. Saya ada terfikir mungkin dibuat orang. Saya nak bawak berubat, tapi tak ada bukti. Kiteroang pun dah putus tunang and saya tak boleh nak contact dia langsung secara tiba tiba. Saya nak tuduh tak ada bukti. Boleh ke ustaz check santau tu melalui nama penuh?

  • Salam ustaz, saya selalu rasa badan lenguh dan urat sarat tersumbat. Tapak kaki bengkak dan sakit pada bahagian rahim. Kadangkala pening berbisa dan yg paling sakit…selalu ada seperti jarum2 halus berjalan2 dalam tubuh. Saya sudah hampir putus asa berubat dan keadaan ni amat menyakitkan..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *